|
Hari ini..
Sunday, February 05, 2012 | 7:43 AM | 0 Komen
waktu jam semakin berdetik, setiap manusia masih melakukan perkara mereka tersendiri.Seperti aku,mencuba mempertingkatkan karangan bahasa Melayu dengan menggunakan kelebihan blog kecilku ini dengan mengisi sedikit cebisan kisah hidupku yang tiada penghujungnya. Semakin hari semakin jarang jari jemariku mengelungsur di ruang blog kecilkuu ini.Maklumlah,sekarang aku telah dinobatkan sebagai ahli PMR pada tahun 2012 ini.Tidak mampu untuk aku mengatakan perasaanku apabila telah disahkan sebagai ahli PMR.Sudah tentu perasaan takut menyelubungi ruang benak fikiranku tetapi perasaan gembira juga kadangkala muncul di ruang kecil hatiku kerana tidak kusangka waktu pantas berlari,rupa-rupanya sebentar sahaja aku telah membesar. Semakin matang dan serik dengan kehidupan hidup.Aku juga bersyukur kepada tuhan kerana masih diberi peluang untuk berbakti kepadanya.Memang aku tidak pernah menafikan bahawa kehidupan sebagai remaja pada era ini amat mencabar jejak kehidupanku. Penuh lalang yang perlu aku tebaskan dalam kehidupan dan perlbagai rintangan yang aku perlu jauhi.Tetapi Alhamdulillah,aku masih dapat menjalani kehidupan dengan setenang mungkin dan masih dapat menaip kisah hidupku didalam blog kecilku ini hingga ke hari ini. |